PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Batu Melintang merupakan sebuah sekolah dalam mukim Tapah dan daerah Batang Padang. Sekolah dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) ini terletak dalam sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Batu Melintang.Jarak sekolah dari pekan Tapah ialah kira-kira 2.5 kilometer.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Sunut (SMS). Sekolah Melayu Sunut ini ditubuhkan pada Tahun 1925 di Kampung Sunut. Pada ketika penubuhan sekolah ini, bangunannya hanya bertiangkan batang pinang, berdinding buluh dan berlantaikan tanah.

Bilangan murid ketika itu ialah seramai 34 orang dan diterajui oleh seorang guru besar yang bernama Yang Mulia Raja Abdullah.

Selepas perang Dunia Kedua iaitu dalam tahun 1945, sekolah ini berpindah ke tapak baru yang terletak di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Melintang.

Sumber: http://sekkebbatumelintang.blogspot.my/


VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


OBJEKTIF

Melahirkan murid cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Mewujudkan masyarakat sekolah yang berdisiplin dan bersatu padu.

Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


LENCANA SEKOLAH



LAGU SEKOLAH

Kaulah sumber ilmu pendidikan,
Kami tuntut mengisi dada
Mencapai hasrat ibu bapa mulia
Ikrar kami semua

Berteras pada satu slogan
Belajar, Berusaha, Berjaya..
Cinta negara bangsa dan agama
Amalan hidup kita semua

Sekolah Kebangsaan Batu Melintang,
Semoga maju jaya...


SENARAI GURU BESAR

BilNamaTempoh
1.YM Raja Abdullah1925 - 19**
2.
3.
00.YM Raja Mohamad Sharif1960an
00.
00.
00.Tuan Haji Salleh bin Mohamad Isa, PJK1982
00.Haji Idris @ Mohamed bin Majillah, PJK1986 - 198*
00.YM Raja Ahmat Fadzil bin Raja Sharif1989-199*
00.Encik Pakhruddin bin Zainuddin1993
00.Haji Mohd Yaacob bin Haji Sulaiman1993
00.Encik Mohd Yusoff bin Mohd Nasir1996
00.Tuan Haji Baharudin bin Abdul Hamid1997
00.Encik Mohd Azmi bin Abu Kasim1999
00.Jalaluddin bin Haji Isa2000
00.Encik Kassim bin Osman01.06.2001 - 02.03.2005
00.Puan Nor Azian binti Haji Jaafar, PJK15.06.2005 - 30.06.2009
00.Encik Hassan bin Abidin01.07.2009 - 30.06.2011
00.Encik Saidi bin Daman01.07.2011 - 15.06.2017
00.Encik Shuhaili bin Salleh16.02.2017 - 15.02.2018
00.Encik Zaini bin Idris16.02.2018 - Kini

Welcome to Our Blog

- Copyright © SK Batu Melintang, Tapah -Robotic Notes- Powered by Blogger - Edited by Budak Trolak -