31 Jan - Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Tapah (SKBMT) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Batu Melintang / Sunut telah mengadakan gotong royong di kawasan sekolah. Gotong royong di kawasan sekolah adalah berfokuskan kepada kerja untuk menebang pokok dan membersihkan pokok di kawasan depan sekolah.
Pokok-pokok yang ditebang merupakan pokok yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid serta penduduk yang berehat di pondok berhampiran.
Perkara tersebut telah mendapat perhatian pihak JKKK Batu Melintang /Sunut yang diketuai oleh Tuan Haji Ghazali bin Zainal Abidin, apabila pihak sekolah mengemukakan perkara tersebut dalam mesyuarat JKKK baru-baru ini.
Program yang dijalankan bersama dengan program gotong-royong kampung dimulakan dengan sarapan pagi dan taklimat oleh Pengerusi JKKK.
Sebanyak tiga kumpulan dibahagikan untuk melaksanakan kerja gotong-royong tersebut.
Turut serta dalam gotong-royong tersebut ialah Majlis Daerah Tapah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pegawai Perhubungan Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam program gotong-royong yang dijalankan.

Sarapan pagi sebelum gotong-royong

Taklimat oleh Pengerusi JKKK

Kumpulan kedua berada di lokasi

Meninjau keadaan pokok sebelum penebangan

Cantasan bermula

Tong sampah yang disediakan oleh MD Tapah sampai

Gerak kerja bermula sebelum ketibaan TNB

Penebangan pohon besar dilakukan

Saling bergandingan untuk membersih

Ketibaan kren TNB untuk membantu









Kena serangan kerengga

Terpaksa menggunakan racun serangga

Pemandangan selepas kerja menebang pokok dilaksanakan
Related Posts :
- Back to Home »
- Batu Melintang , Berita , Gotong-Royong , JKKK »
- Gotong Royong Menebang Pokok di SKBMT
