Monday, January 22, 2018
22 Jan - Badan Disiplin di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Tunas Kepimpinan Sekolah bagi sesi persekolahan 2018. Majlis yang berlangsung di Dataran Kejat Sekolah telah dirasmikan oleh Inspektor Norhanyza binti Zakaria iaitu pegawai pelesenan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah mewakili pegawai Perhubungan Sekolah Sarjan Mejar Mohd Sabudin bin Abdullah.
Majlis diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi sesi persekolahan tahun ini.
Dalam ucapan perasmian Inspektor Norhanyza juga turut memberikan ucapan tahniah dan pesanan-pesanan yang berguna kepada semua tunas kepimpinan sekolah yang terpilih. Beliau berharap semua tunas kepimpinan yang dipilih akan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Beliau juga turut berpesan kepada semua murid SKBMT agar sentiasa berdisiplin dan memelihara disiplin serta menyarankan semua murid agar menjauhkan gejala negatif.
Watikah telah disampaikan sejurus gimik perasmian dilakukan. Penyerahan watikah telah disempurnakan oleh Inspektor Norhanyza.
Selesai penyerahan watikah dilangsungkan, kesemua pegawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah melafakan ikrar yang diketuai oleh Ahmad Iskandar Bin Mohd Shuib, selaku penyandang Ketua Murid untuk tahun 2018 ini.
Majlis turut disertai oleh Kopral Mohd Arzuhar bin Abd Razak yang merupakan Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah SKBMT dan Kopral Saridah binti Kadir dari Cawangan Kebajikan IPD Tapah.
#SekolahKecilBerjiwaBesar
#SekolahKurangMurid

Related Posts :
- Back to Home »
- Berita »
- Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Tunas Kepimpinan Sekolah 2018