Tuesday, January 30, 2018

30 Jan - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Tapah (SKBMT) telah mengadakan majlis Mesyuarat Agung PIBG SKBMT Kali Ke-36 Tahun 2018. Sebagaimana saban tahun, setiap sekolah di seluruh negara ini perlu mengadakan mesyuarat agung ini sebelum 31 Mac 2018.

Pada majlis perasmian mesyuarat agung kali ini, pihak PIBG SKBMT telah mengundang Yang Berhormat Datuk M. Saravanan, yang merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Tapah.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Setiausaha Sulitnya, Encik Suria Kumar telah mengingatkan peranan ibu bapa dan komuniti dalam membantu pihak sekolah. Beliau juga turut mengingatkan ibu bapa berkaitan persediaan menghadapi revolusi permodenan yang berlaku pada masa kini dan masa akan datang.

Datuk M. Saravanan melalui wakilnya juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000.00 untuk digunakan dalam melengkapkan beberapa kemudahan yang dipohon oleh pihak PIBG bersama pihak sekolah.

Dalam mesyuarat agung kali ini, pemilihan ahli mesyuarat telah mengekalkan Yang Dipertua iaitu Encik Mohd Khairuddin bin Omar, manakala telah melantik Encik Mohd Arzuhar bin Abd Razak selaku Naib Yang Dipertua.

Berikut ialah Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik untuk sesi 2018 - 2020

Yang DipertuaEncik Mohd Khairuddin bin Omar
Naib Yang DipertuaEncik Mohd Arzuhar bin Abd Razak
SetiausaaPuan Siti Arma binti Abdullah
BendahariPuan Rafidah binti Hashim
Ahli Jawatankuasa
Wakil GuruPuan Mimi Aidura binti Mohd Yaacob
Wakil GuruEncik Mohamad Fadhil bin Umar
Wakil GuruPuan Normaslizah binti Zainal Arifin
Wakil GuruPuan Noraini binti Abdullah
Wakil GuruPuan Halilatil Khairah binti Tahiruddin
Wakil Ibu BapaEncik Abdul Aziz bin Yusof
Wakil Ibu BapaEncik Ramlan bin Ismail
Wakil Ibu BapaEncik Tino
Wakil Ibu BapaPuan Iza Adila
Wakil Ibu BapaPuan Norliza
Wakil Ibu BapaPuan Sarina binti Alang Deman
Wakil Ibu BapaPuan Syibratun Binti Mohd Saman
Pemeriksa Kira-kiraPuan Khuraizah binti Kamaruddin
Pemeriksa Kira-kiraPuan Hasdilah binti Mat Nasir







Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to Our Blog

- Copyright © SK Batu Melintang, Tapah -Robotic Notes- Powered by Blogger - Edited by Budak Trolak -