Friday, February 9, 2018

9 Feb - Kelab Guru dan Kakitangan SKBMT telah mengadakan jamuan sempena perpindahan Pembantu Tadbir SKBMT. Encik Alif bin Che Rosli telah berpindah keluar dari SK Batu Melintang ke SJK(C) Kampung Pahang. Manakala tempat beliau diganti oleh Puan Ruzila binti Mat Taib dari SK Tapah.

Selain itu, Kelab Guru dan Kakitangan SKBMT turut menyampaikan hadiah hari jadi kepada 3 warga SKBMT yang telah menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Januari dan Februari.

Majlis yang bermula jam 4.00 petang itu telah diadakan di Restoran The Heaven yang terletak di Jalan Pahang, Tapah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Saidi bin Daman yang merupakan bekas guru besar SK Batu Melintang.























Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to Our Blog

- Copyright © SK Batu Melintang, Tapah -Robotic Notes- Powered by Blogger - Edited by Budak Trolak -