Thursday, February 1, 2018

1 Feb - Seramai 6 orang murid-murid SKBMT telah menyertai Pertandingan Merentas Desa Kategori Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Batang Padang. Pertandingan tersebut telah diadakan di FELDA Gunung Besout.

Dalam pertandingan kali ini, pasukan lelaki SKBMT telah menghantar 4 orang untuk kategori lelaki dan 2 orang untuk kategori perempuan. Mohammad Iffat telah menduduki tempat ke 7 dalam acara lelaki dan Zaliani telah menduduki tempat ke 27. Manakala yang lainnya berada dalam kedudukan yang agak terkebelakang.

Berdasarkan keputusan yang diterima, Kesemua peserta dari SKBMT terkandas untuk ke peringkat seterusnya, kerana hanya 6 peserta bagi setiap kategori yang akan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat negeri.

Pihak pentadbiran SKBMT merakam jutaan terima kasih di atas penglibatan kesemua peserta dari SKBMT. Semoga peserta dari SKBMT akan dapat menyerlahkan diri di masa akan datang.


Ustaz Fadhil sebagai jurulatih dan guru pengiring


Peserta lelaki berada di garisan permulaan


Peserta kategori perempuan di garisan permulaan


Mereka yang memenangi pertandingan


Mohammad Iffat merupakan peserta dari SKBMT yang berjaya meraih hadiah


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to Our Blog

- Copyright © SK Batu Melintang, Tapah -Robotic Notes- Powered by Blogger - Edited by Budak Trolak -